Kementerian Tarik Balik Karya Seni Kontroversi

Diterbitkan: Ahad, 1 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah menarik karya seni daripada seorang pelukis yang didakwa menghina Islam, kata Menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata karya seni itu tidak diserahkan oleh pihak penganjur kepada pihak kementerian itu kelulusan disebabkan kerana pameran tersebut diadakan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.

"Ia telah disertakan dalam pameran itu tanpa kelulusan daripada pihak kami dan kami telah mengarahkan penarikan balik karya tersebut," katanya kepada pemberita selepas sambutan 50 tahun Muzium Negara pada Sabtu.

Lukisan tersebut, memaparkan sebahagian daripada "ABC untuk Kelas Usia Pertengahan" yang menggambarkan satu inskripsi perkataan Arab yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris membawa maksud "Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih, Maha Pemurah, ".

Dalam gambar tersebut turut menggambarkan frasa, 'I untuk Bodoh', di atas lukisan itu terdapat imej seekor chimpanzi menunggang basikal, sebuah jet pejuang dihadapan perkataan 'Misi Tercapai' serta bendera berwarna merah putih dengan imej tengkorak.

Beliau berkata satu laporan polis telah dibuat, sambil menambah pameran tersebut akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan