Bekalan Air Pulih Sepenuhnya Dalam Tempoh Tujuh Hari - Syabas

Diterbitkan: Ahad, 1 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesemua empat loji rawatan air yang ditutup akibat tumpahan minyak diesel di Sungai Selangor kembali beroperasi namun lebih tiga juta penduduk di Lembah Klang akan terus mengalami gangguan dalam tempoh tujuh hari.

Syarikat konsesi air Syabas berkata, Loji Rawatan Sungai Selangor Fasa 1, 2, dan 3 dan Ranatau Panjang telah kembali beroperasi pada pukul 3 pagi Sabtu, namun bekalan air akan kembali seperti biasa di kawasan yang terjejas dalam tempoh seminggu.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred memberitahu The Star: "Bekalan air di Kuala Langat telah kembali seperti biasa dan sedang dipulihkan di kawasan Hulu Selangor, Gombak, Klang, Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur setakat pukul 5 petang hari ini (Sabtu).

"Kami menjangkakan perkembangan yang lebih baik dalam tempoh tiga hari namun ia akan pulih sepenuhnya secara beransur-ansur dalam tempoh tujuh hari dari sekarang."

Loji rawatan air berkenaan ditutup pada pagi Jumaat akibat tumpahan diesel yang berlaku daripada sebuah kilang di hulu sungai Rawang.

Keempat-empat loji berkenaan menghasilkan 2.67 bilion liter air sehari, yang memenuhi 57 peratus keperluan bekalan air kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Alfred berkata kira-kira 880,000 akaun domestik - yang setiap satunya mewakili lima orang terjejas akibat gangguan bekalan air tersebut.

Pengguna yang mengalami gangguan tersebut merangkumi 60 peratus populasi penduduk di Kuala Lumpur dan Shah Alam termasuk beberapa daerah diHulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Klang, dan Petaling.

Syabas terpaksa mengaktifkan Kod Amaran Merah ekoran tumpahan minyak yang berlaku.

Kod Amaran Merah akan diaktifkan apabila berlaku gangguan air yang menyebabkan lebih daripada 1 juta pengguna terjejas.

Sementara Kod Amaran Kuning adalah gangguan yang berlaku di satu daerah dan Kod Hijau akan diaktifkan sekiranya kira-kira 50,000 pengguna atau kurang daripada jumlah tersebut.

Dalam satu kenyataan terdahulu pada Sabtu, Syabas berkata mereka telah menghantar 46 tangki air dan 20 tank statik di kawasan yang terjejas dengan 505 tank statik turut diletakkan sebagai simpanan.

Syarikat konsesi air, di Johor, Negri Sembilan dan Perak turut menghantar 14 tangki air untuk kegunaan Syabas, namun syarikat berkenaan berkata jumlah tersebut masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluaan mereka.

"Usaha yang dilakukan untuk mengembalikan bekalan air kini difokuskan kepada penggunaan premies seperti hospiutal dan pusat dialisis, justeru kami menggesa pengguna di kawasan lain yang terjejas di harap bersabar," kata Sayabas.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan