Bekalan Air Di Lembah Klang Dijangka Pulih Berperingkat

Diterbitkan: Ahad, 1 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESTARI JAYA: Empat Loji Rawatan Air (LRA) yang ditutup semalam kerana pencemaran diesel di Sungai Selangor, mula beroperasi tengah malam tadi namun bekalan air ke kawasan terjejas dijangka pulih secara berperingkat di antara tiga hingga lima hari mulai Sabtu.

Timbalan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini berkata dalam tempoh tiga hari itu, bekalan air di 80 peratus kawasan terjejas terutamanya kawasan rendah dijangka kembali pulih seperti biasa.

Kerja mengepam air mentah dari Sungai Selangor bermula pada 12.30 tengah malam tadi di LRA Rantau Panjang seterusnya LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) pada 12.40 pagi, LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) pada 5 pagi dan LRA Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) pada 5.30 pagi, katanya kepada pemberita semasa meninjau muka sauk LRA Sungai Selangor Fasa 2 di sini.

Jumlah keseluruhan akaun pengguna air yang terjejas berikutan penutupan empat LRA itu ialah 899,931 terdiri daripada 183,340 akaun di Gombak, 66,893 di Kuala Lumpur, 347,925 di Klang, 4,993 di Kuala Langat, 35,620 di Kuala Selangor, 248,120 di Petaling dan 13,040 di Hulu Selangor.

Beliau berkata walaupun empat LRA iaitu Rantau Panjang dan SSP2 yang dikendalikan Puncak Niaga (Malaysia) Sdn Bhd dan SSP1 dan SSP3 yang dikendalikan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) tidak beroperasi hampir 17 jam sejak 8 pagi semalam, pemulihan bekalan air akan mengambil masa yang lebih lama.

"Ini adalah kerana rizab bekalan air terawat di Lembah Klang kini berada pada paras yang rendah iaitu satu peratus," kata Mahdzir.

Berikutan itu, katanya pembinaan LRA Langat 2 yang membawa masuk air mentah dari Pahang amat diperlukan bagi memastikan bekalan air stabil untuk para pengguna di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Menurutnya kira-kira 60 peratus daripada bekalan air di Lembah Klang bergantung kepada sumber air mentah dari Sungai Selangor yang diproses oleh empat LRA itu.

Puncak Niaga dan SPLASH mengesan tumpahan diesel yang mengalir ke Sungai Selangor yang menempatkan muka sauk untuk SSP1, SSP2 dan SSP3 serta Rantau Panjang dan mengambil keputusan menutup operasi kesemua LRA bagi meminimumkan kawasan pencemaran.

Ekoran itu, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan operator LRA mengenal pasti punca tumpahan minyak dari sebuah depot lori sampah di Jalan Batu Arang-Sungai Bakau semalam.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan