'96 Peratus Sokong Saya Jadi Presiden MIC' - Palanivel

Diterbitkan: Ahad, 1 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengangkat tangan bersama Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S. Subramaniam dan Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan selepas diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden parti itu di Wisma MIC di Kuala Lumpur pada Ahad. -fotoBERNAMA
Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengangkat tangan bersama Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S. Subramaniam dan Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan selepas diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden parti itu di Wisma MIC di Kuala Lumpur pada Ahad. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel berkata, beliau menerima sokongan 96 peratus di kalangan pengerusi cawangan parti seluruh negara bagi membolehkan beliau kekal memegang jawatan itu.

Beliau berkata, sebanyak 617 pencalonan diterima pada hari penamaan calon pada Ahad yang melibatkan 3,702 pengerusi cawangan parti seluruh negara.

"Ini satu petanda baik. Sebanyak 96 peratus ketua-ketua cawangan sudah sokong saya untuk jawatan presiden.

"Ini adalah satu permulaan yang baik dan dalam tempoh tiga tahun akan datang, saya akan berjuang untuk memperkukuhkan parti.

"Dan kita akan membawa pemuda-pemuda, wanita-wanita dan lain-lain termasuk NGO (pertubuhan bukan kerajaan) untuk berganding bahu dengan MIC," katanya pada sidang media.

Palanivel mengekalkan jawatannya sebagai Presiden MIC bagi tempoh tiga tahun sehingga 2016 apabila beliau menang tanpa bertanding dalam pemilihan presiden parti.

Ditanya adakah beliau akan melepaskan jawatan presiden selepas 2016, Palanivel berkata, beliau akan membuat keputusan selepas meneliti perkara itu kemudian.

"Ramai pengerusi yang mahukan saya untuk terus menjadi presiden maka saya perlu melihat perkata ini secara lebih serius.

"Namun apa yang lebih penting adalah membangunkan parti dalam tempoh tiga tahun ini. Saya akan memutuskannya (jawatan presiden) pada 2016 nanti," katanya.

Palanivel sebelum ini dilaporkan bahawa beliau akan kekal sebagai presiden sehingga 2016 sebelum melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada timbalannya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan