Kerja Persimpangan Jambatan Kedua Pulau Pinang Bersambung

Diterbitkan: Sabtu, 31 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerja pembinaan di bahagian Persimpangan Batu Maung di Jambatan Kedua Pulau Pinang bersambung semula selepas mendapat kebenaran Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Penasihat Perhubungan Awam dan Komunikasi Jambatan Kedua Sdn Bnd (JKSB), Datuk Mohammad Salleh Rafie berkata kerja di Tanjakan 1 dan Tanjakan 2 (Pakej 3A) persimpangan itu bersambung semula sejak beberapa minggu lepas.

Kerja di persimpangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, yang sedang dalam pembinaan sebelum ini, ditangguhkan selepas tanjakan konkrit di persimpangan itu runtuh pada 7 Jun lepas.

"Kami minta orang ramai supaya tidak bimbang tentang keselamatan memandangkan perkara itu diberi perhatian penuh. Jambatan itu selamat untuk digunakan dan akan dibuka kepada orang ramai Oktober ini," kata Mohammad Salleh.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas pengujian dan perlengkapan jalan serta lampu hiasan Jambatan Kedua Pulau Pinang buat pertama kali, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-56 kemerdekaan negara malam tadi.

Mohammad Salleh berkata JKSB menjangkakan kontraktor bagi pakej 3A dapat menyiapkan kerja sebelum 8 Okt, dan jalan di sekitar pakej itu akan dibuka, sebaik sahaja persimpangan itu siap.

Beliau berkata Jambatan Kedua Pulau Pinang kini siap 97.5 peratus, dan menambah projek mega oleh kerajaan persekutuan itu akan memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan terutamanya di Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dibina dengan kos RM4.5 bilion merentangi sepanjang 23.5km dengan 16.9km di atas laut, akan menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di pulau.

Di majlis pengujian lampu itu, pemegang konsesi JKSB berkata kira-kira 105 tiang lampu jalan diaktifkan buat pertama kali untuk menunjukkan projek itu berjalan dengan baik, dengan jambatan diterangi cahaya lampu biru dan putih. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan