Gangguan Bekalan Air: Syabas Gerak Semua Sumber Untuk Bantu Pengguna

Diterbitkan: Sabtu, 31 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menggerakkan semua sumber yang ada bagi membantu pengguna menangani gangguan bekalan air setelah empat loji rawatan air ditutup selepas Sungai Selangor dicemari tumpahan diesel.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred berkata pihaknya telah menghantar kesemua sumber di tujuh daerah yang terjejas iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

"Pihak kami masih memantau bagi menentukan bila keadaan akan pulih sepenuhnya...oleh kerana gangguan ini melibatkan kawasan besar, Syabas mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah untuk kesemua kawasan ini," katanya ketika dihubungi untuk mengulas perkembangan terbaharu gangguan tersebut, Sabtu.

Beliau menambah, dengan rizab kapasiti yang kecil dan kadar permintaan tinggi, pihak Syabas ingin memaklumkan bahawa hentitugas kali ini akan mengambil masa pemulihan yang lebih panjang walaupun kerja-kerja pembersihan sedang dilaksanakan.

Syabas menyarankan pengguna mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air menerusi laman sesawang http://www.syabas.com.my.

"Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan