Gangguan Bekalan Air Mula Dirasai Di Shah Alam, Klang

Diterbitkan: Sabtu, 31 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Suasana gembira cuti umum sempena sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu bertukar menjadi hambar bagi sesetengah penduduk di sini dan Klang berikutan penutupan operasi empat loji rawatan air sejak Jumaat kerana tumpahan diesel di Sungai Selangor.

Penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang semalam dijangka memberi kesan hampir sejuta pengguna atau 57 peratus penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

Seorang juruwang sebuah restoran ketika ditemui di sini pagi Sabtu berkata bekalan air sudah mula tiada sejak Jumaat dan kini restoran berkenaan hanya bergantung kepada air tangki yang tidak diketahui sampai bila boleh bertahan.

Abdul Mutalib Syed Muhamad berkata ketiadaan air itu juga telah memberi kesan kepada operasi restoran itu dengan jumlah pelanggan datang untuk bersarapan agak kurang.

Beliau berharap bekalan air dapat dipulihkan seawal yang mungkin.

Seorang pengusaha kedai dobi di Seksyen 11 di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Chai berkata beliau menyedari bekalan air telah tiada semasa membuka kedai pagi ini.

Beliau berkata beberapa pelanggan yang datang untuk menghantar baju untuk dicuci di kedainya tidak jadi berbuat demikian apabila diberitahu tiada bekalan air.

"Air tangki yang ada tidak cukup untuk mencuci baju dalam kuantiti yang banyak. Kita hanya buat dry-cleaning dan hand-wash untuk hari ini (Sabtu) kerana tidak memerlukan banyak air," katanya yang berharap bekalan air dapat dipulihkan segera.

Seorang penduduk Taman Seri Andalas, Klang Roszita Mohd Tauhid berkata bekalan air di kawasan perumahan itu terputus sejak malam Jumaat.

"Air tiada dari malam Jumaat dan sejak pukul 4 petang Jumaat bekalan air mula perlahan. Bekalan air terputus kira-kira pukul 10 malam Jumaat," katanya.

Beliau berharap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dapat menghantar bekalan air bagi membantu penduduk kerana ada yang mengadakan kenduri kahwin pada Sabtu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan