Anwar Sedia Bincang Isu Penting Dengan Kerajaan

Diterbitkan: Sabtu, 31 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib dan Anwar bergurau dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada sesi pembukaan ke-13 Parlimen, Jun lalu.
Najib dan Anwar bergurau dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada sesi pembukaan ke-13 Parlimen, Jun lalu.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan isu-isu penting melibatkan rakyat Malaysia dalam menghayati semangat kemerdekaan.

Walaupun membantah sekeras-kerasnya keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu, Anwar pada Jumaat berkata, Pakatan Rakyat bersedia mengetepikan ideologi politik demi masa depan dan kesejahteraan negara.

"Kami percaya bahawa adalah penting bagi Perdana Menteri untuk segera mengadakan rundingan meja bulat antara BN dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dan merumuskan satu penyelesaian yang menyeluruh," katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 pada Sabtu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, sambutan Hari Kemerdekaan sepatutnya diraikan dengan mengiktiraf kebaikan yang telah dilakukan dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu.

"Semangat Merdeka bukan sahaja toleransi atau kompromi. Ianya adalah mengenai pemahaman yang lebih besar, menerima perbezaan kita dan meningkatkan persamaan kita serta menggerakkan negara ke hadapan untuk menghadapi cabaran yang mendatang," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan