Anwar Digesa Bawa Usul Kerjasama BN-Pembangkang Di Parlimen

Diterbitkan: Sabtu, 31 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur pada Jumaat. -Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur pada Jumaat. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa supaya mengusulkan di Parlimen mengenai cadangannya untuk mengadakan dialog terbuka dengan Barisan Nasional (BN) mengenai isu kebangsaan dan kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir bagaimanapun berkata, tawaran Ketua Pembangkang itu disifatkan sebagai tindakan terdesak terutamanya apabila keputusan mahkamah berhubung petisyen pilihan raya tidak memihak kepada pembangkang.

"Saya rasa biar di Parlimen cakap mengenai perkara ini...kalau betul beliau serius (mengenai cadangannya).

"Tapi saya tak fikir beliau ada kapabiliti untuk ke arah itu, terutamanya apabila sudah kalah dalam mahkamah untuk petisyen...nampaknya ini satu tindakan yang agak terdesak," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, Jumaat. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan Anwar hari ini yang mengajak diadakan sebuah dialog terbuka antara kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan isu-isu kebangsaan yang perlu ditangani secara bersama.

Sementara itu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempersoalkan agenda sebenar Anwar menawarkan kerjasama antara pembangkang dan BN.

"Kita sentiasa terbuka tetapi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setelah selesai PRU-13 beliau menyeru kepada perpaduan nasional, ketika itu tiada usaha dari ketua pembangkang sebaliknya diadakan beberapa siri demonstrasi, pertikaian keputusan PRU sehingga masuk mahkamah.

"Kita tidak ada masalah untuk berdialog tetapi jangan cuba menampakkan beliaulah (Anwar) yang nak menyatupadukan negara ini. Kita kena tahu apakah terma rujukan dialog itu, nak ada dialog mesti ikhlas," katanya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Majlis Tertinggi Umno turut membincangkan mengenai cadangan yang dibangkitkan Anwar.

"Perkara ini dibincangkan dalam Majlis Tertinggi hari ini. Kita sudah capai keputusan kolektif.

"Tapi memandangkan Presiden dan Timbalan Presiden terpaksa bergegas ke Melaka, kita tak sempat adakan sidang media. Jadi tak wajar untuk saya sebagai ahli untuk komen," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan