Zambry Cadang Penubuhan Jawatankuasa Khas Perangi Jenayah di Perak

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mencadangkan sebuah jawatankuasa khas diwujudkan dalam usaha memerangi jenayah di negeri ini.

Beliau berkata jawatankuasa peringkat negeri itu bukan hanya dianggotai wakil kerajaan sebaliknya turut melibatkan wakil pembangkang.

"Komitmen memerangi jenayah perlu merentasi soal politik," katanya ketika menggulung titah ucapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Jumaat.

Zambry turut mengutuk sekeras-kerasnya pergolakan di Mesir yang menyebabkan ramai rakyat negara itu terkorban.

"Kita tidak membenarkan sebarang tindakan di luar kerangka demokrasi," katanya.

Persidangan dewan ditangguh sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan