Tengku Razaleigh Mahu Undur Sebagai Ketua Bahagian Gua Musang

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah sampai masanya bagi beliau berundur sebagai ketua bahagian setelah hampir 50 tahun berkhidmat kepada masyarakat di sini.

"Sudah sampai masanya untuk saya berundur dan carilah pemimpin baharu yang lebih jujur dan adil dalam memberi khidmat kepada rakyat," katanya.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata keputusannya untuk tidak lagi bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang juga adalah untuk memberi laluan kepada pemimpin muda yang lebih layak.

PRU13 lalu adalah yang terakhir baginya tetapi beliau masih meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan itu sehingga ada pemimpin baharu yang dapat menggantikannya.

"Saya diminta untuk terus menerajui Umno bahagian ini dan terserahlah kepada ahli Umno bahagian itu (selepas ini) untuk menentukan siapa pemimpin yang paling layak memikul tanggungjawab berkenaan kerana ramai yang layak dipilih," katanya kepada pemberita selepas majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang bersama Orang Asli di Kampung Lambok, di sini Jumaat.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan kepimpinan Umno Oktober ini, Tengku Razaleigh enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak hendak komen dan kita sama-sama tengoklah pada 28 September ini untuk bertanding atau tidak," katanya.

Beliau mengingatkan bahawa mengikut peraturan baharu parti, sesiapa sahaja boleh bertanding merebut sebarang jawatan dalam parti dan perkara itu boleh diputuskan pada hari penamaan calon 28 September (untuk Majlis Tertinggi). - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan