Syabas Aktifkan Kod Amaran Merah

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keadaan air di Loji rawatan air di Sungai Selangor, Bukit Badong Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tercemar ekoran tumpahan diesel yang berlaku kira-kira 10 kilometer daripada kawasan simpanan air di Kuala Selangor.-foto BERNAMA
Keadaan air di Loji rawatan air di Sungai Selangor, Bukit Badong Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tercemar ekoran tumpahan diesel yang berlaku kira-kira 10 kilometer daripada kawasan simpanan air di Kuala Selangor.-foto BERNAMA

PETALING JAYA: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengaktifkan pelan kecemasan ekoran tumpahan diesel yang berlaku kira-kira 10 kilometer daripada kawasan loji rawatan air.

Gangguan bekalan air dijangka menyebabkan lebih daripada sejuta pengguna di tujuh daerah di Lembah Klang akan terjejas.

Ini kerana empat loji rawatan air di Sungai Selangor Phase 1, 2 dan 3 dan Rantau Panjang perlu ditutup untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Kawasan yang tejejas ialah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Syabas, yang telah mengeluarkan amaran Kod Kecemasan di tahap merah menasihatkan pengguna berjimat cermat dalam menggunakan air dan menyimpan bekalan air secukupnya, ini kerana tempoh gangguan belum dipastikan akan bermula bila.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas,, Priscilla Alfred berkata mereka belum dapat memastikan punca tumpahan diesel tersebut.

"Kami masih lagi menunggu laporan siasatan yang dijalankan.

"Bagaimanapun, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah memulakan operasi pembersihan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan