SPR Warta Daftar Pemilih Tambahan

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat memperakui Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun kedua tahun ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata pemerakuan itu dibuat sebagaimana dikehendaki oleh Peraturan 21A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang menetapkan supaya DPT diperaku sebelum ia dapat digunakan untuk sesuatu urusan pilihan raya.

"DPT Suku Tahun Kedua 2013 bagi tempoh 1 April hingga 30 Jun mengandungi 58,984 permohonan pendaftaran yang terdiri daripada 49,789 pendaftaran baharu dan 9,195 pendaftaran tukar alamat pusat mengundi. "DPT Suku Tahun Kedua 2013 diwartakan pada hari ini," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Beliau berkata sehingga pemerakuan DPT itu, jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara selepas dicampurkan dengan DPT Suku Tahun Pertama dan Daftar Pemilih Induk Tahun 2012 ialah 13,411,513 orang.

Sabri berkata orang ramai yang berminat mendapatkan DPT tersebut boleh berbuat demikian dengan membuat tempahan di Ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Katanya SPR turut menyeru kepada pemilih berdaftar supaya membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih mereka sama ada menghubungi 03-8885 6565, layari laman web SPR, www.spr.gov.my atau melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip:

SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO.KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Katanya sebarang pertanyaan berkaitan perkara itu boleh dibuat dengan menghubungi Ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan