Setiap Individu Punya Peluang, Tempat Dalam Umno - Shahrizat

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata parti itu mempunyai struktur organisasi yang cukup baik dan setiap individu mempunyai peluang serta tempat untuk menyertainya asalkan dilakukan secara berhemah.

"Dalam Umno struktur kita begitu cantik sekali, (ada) cawangan, bahagian, Wanita sebagai tulang belakang, sayap kanan Pemuda (dan) sayap kiri Puteri, ada tempat untuk semua yang minat politik.

"Masuk cara berhemah dan cantik, tak perlu nak masuk ikut 'belakang' (atau) 'tepi', masuk ikut 'depan'," katanya ketika berucap dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Beliau berkata anggota ketiga-tiga sayap itu akan terus menyokong dan memberi kekuatan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Perdana Menteri, untuk terus memimpin negara.

"Pada hari ini, Wanita sudah ada 1.2 juta anggota, Pemuda pun tidak kurang hebat dengan hampir 700,000 anggota, Puteri kira-kira 400,000 anggota. Kesemuanya jika kita satukan, kekuatan kita lebih kurang 67.8 peratus daripada keseluruhan anggota Umno," katanya. Ketika ditemui pemberita, Shahrizat yang kekal dengan pendiriannya untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan kali ini, menafikan beliau mempunyai kumpulan tertentu untuk dipilih sebagai calon dalam pemilihan itu.

"Ramai yang nak bertanding, ramai yang layak...jadi kita welcome. Kita tak ada kumpulan...biar kita beri kepada perwakilan untuk memilih," katanya.

Selain itu, Shahrizat berkata jika dipilih mengekalkan jawatannya, beliau akan bersungguh-sungguh membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, termasuk dalam soal menarik sokongan pengundi muda.

Katanya Wanita juga disifatkan sebagai 'ibu' yang boleh membantu mempengaruhi golongan pengundi muda.

"Kita pada hari ini mendapat sokongan yang begitu baik sekali daripada kaum wanita. Dan kami sebagai golongan ibu juga akan 'go all out' untuk bantu menarik sokongan pengundi muda. Kita akan buat persiapan awal untuk mengembalikan semula kepercayaan golongan sasar," jelasnya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan