Negara Utama Dunia Pandang Serius Keamanan Rantau Asean

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Negara-negara utama di dunia memandang serius terhadap pengekalan keamanan di Malaysia dan negara Asean berikutan pergolakan di Asia Barat.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu dinyatakan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) yang turut dihadiri anggota ADMM-PLUS, iaitu Amerika Syarikat, Rusia, Jepun, China, Korea Selatan dan India.

Hasil daripada ADMM yang berakhir pada Khamis di Brunei membolehkan Malaysia berhubung secara langsung dengan Amerika Syarikat, China dan Rusia.

"Sempena mesyuarat itu, saya telah bertemu dengan pemimpin negara-negara besar dan kita telah mendapat hubungan secara langsung dengan Amerika Syarikat, China dan Rusia," katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis rumah terbuka Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini Jumaat.

Dalam mesyuarat dua hari itu, kesemua negara bersetuju antara lain untuk mengetengahkan prinsip tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sebarang pertikaian termasuk berhubung Laut China Selatan dan sebaliknya perlu dibincang melalui bengkel, seminar dan dialog.

Dalam pada itu, Hishammuddin, yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan berharap UPNM dapat menjadi perintis dalam melahirkan pakar-pakar strategi yang boleh merancang bagi memastikan keamanan serantau.

"Saya sarankan UPNM menjadi barisan hadapan supaya kita dapat berdepan dengan masyarakat dunia dalam mengatur strategi yang membolehkan kita sentiasa aman di rantau ini," katanya.

Mengulas mengenai Syria, Hishammuddin berkata Malaysia bersedia untuk membawa pulang rakyatnya dari Syria jika keadaan keselamatan di negara itu meruncing.

Katanya segala perancangan telah dibincangkan dan kaedahnya adalah seperti yang dilakukan negara dalam Ops Piramid II dengan membawa pulang 2,796 rakyatnya dari Mesir pada bulan ini.

Akhbar melaporkan lebih 1,300 orang terbunuh apabila tentera Syria melancarkan serangan menggunakan senjata kimia di daerah Ghouta berdekatan Damsyik minggu lepas, yang turut mencederakan ramai lagi penduduk.

Pada Selasa, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan 15 rakyat negara ini termasuk sembilan pelajar memilih untuk berada di Syria atas kerelaan sendiri walaupun telah dinasihati pulang ke tanah air. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan