Lajim Umum Jawatankuasa PKR Sabah Yang Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lajim Ukin
Lajim Ukin

KOTA KINABALU: Ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin mengumumkan senarai baru kepimpinan parti negeri itu dengan menyenaraikan semua wakil rakyat (pembangkang) dalam jawatan penting walaupun timbul spekulasi mengenai berlakunya pembelotan.

Lajim menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api Api, Christina Liew sebagai Timbalan Pengerusi PKR negeri manakala Dr Roland Chai (Inanam) dan Jelani Hamdan (Matunggong) sebagai antara tiga naib pengerusi bagi jawatankuasa negeri itu.

Adun Moyog, Terence Siambun dilantik sebagai bendahari dan Adun Kadaimaian, Jeremy Majalad sebagai ketua penerangan dalam satu pengumuman pada Khamis untuk menamakan 43 ahli jawatankuasa perhubungan negeri itu.

Lajim yang juga Adun Kiulu, berkata hubungan kesemua tujuh Adun parti itu dan Ahli Parlimen Penampang, Darrel Leiking masih utuh dan bekerjasama demi kepentingan parti dan Pakatan Rakyat.

"Kami masih utuh, tiada masalah," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, Wilfred Bumburing yang menang di kerusi DUN Tamparuli atas tiket PKR masih belum memutuskan sama ada mahu menyertai PKR.

Dengan ketiadaan Adun Kadimaian pada majlis itu, beliau berkata Majalad memaklumkannya bahawa dia menerima pelantikan sebagai ketua penerangan tetapi tidak boleh hadir kerana harus menyelesaikan sesuatu perkara di kawasannya.

"Dia (Majalad) memberitahu saya dia masih bersama PKR," kata Lajim.

Sekurang-kurangnya lima pemimpin PKR didakwa menentang barisan baru dalam kepimpinan parti negeri itu tetapi kesemua mereka menafikan dakwaan tersebut.

Pergolakan dalam parti itu timbul ketika Adun Luyang, Hiew King Cheu (DAP) bersedia meninggalkan parti itu selepas meletak jawatan sebagai penasihat DAP Sabah awal bulan ini.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan