Kongsi Gelap: Lebih 1,000 Orang Disiasat di Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis menyoal siasat 1,425 individu di Sarawak berhubung penglibatan jenayah berkaitan kongsi gelap biarpun Ops Cantas tidak dijalankan di negeri ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Beliau berkata individu berkenaan disoal siasat dalam operasi cegah jenayah yang dijalankan dalam tempoh antara 19 dan 28 Ogos ini.

"Daripada jumlah itu, 55 individu yang dikehendaki telah ditahan untuk membantu siasatan bagi kes jenayah seperti pecah rumah, samun dan curi kenderaan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas antara bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan pengganti beliau, Datuk Muhammad Sabtu Osman, di sini, Jumaat.

Menurut Bakri, Ops Cantas yang bermula 23 Ogos lepas mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 tidak melibatkan Sarawak disebabkan akta berkenaan tidak berkuat kuasa di negeri ini.

Katanya biarpun terdapat 16 daripada 49 kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini ialah di Sarawak, kumpulan berkenaan tidak bergerak tersusun sepertimana kongsi gelap di Semenanjung.

Bakri berkata penduduk di Sarawak tidak perlu bimbang dengan keadaan keselamatan di negeri ini ekoran senarai kumpulan kongsi gelap yang diumumkan KDN itu.

"Kita akan terus memantau pergerakan kumpulan-kumpulan ini melalui penguatkuasaan dan operasi membanteras dengan kerjasama pelbagai pihak," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan