Khairy Nafi Sokong Calon Tertentu Tanding Naib Ketua Pemuda

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairy (kanan) bersama Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil (tengah) dan Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (tiga, kiri) beramah mesra dengan tetamu sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri 'Merdeka Raya' anjuran ketiga-tiga sayap Umno di PWTC, Kuala Lumpur pada Jumaat. -FotoBERNAMA
Khairy (kanan) bersama Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil (tengah) dan Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (tiga, kiri) beramah mesra dengan tetamu sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri 'Merdeka Raya' anjuran ketiga-tiga sayap Umno di PWTC, Kuala Lumpur pada Jumaat. -FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan beliau menyokong calon tertentu untuk bertanding jawatan naib ketua pemuda pada pemilihan parti Oktober ini.

Tegas Khairy beliau mengambil pendirian untuk bersikap berkecuali daripada menyokong mana-mana calon yang akan merebut jawatan nombor dua pergerakan itu.

"Untuk jawatan naib ketua saya (ambil sikap) berkecuali. Keempat-empat calon (yang menawarkan diri) saya anggap sebagai kawan baik.

"Sesiapa yang menang pun, saya boleh bekerjasama dengan mereka," katanya pada sidang media semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 'Merdeka Raya' anjuran Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC di sini, Jumaat.

Penafian itu sekaligus menolak laporan media sebelum ini yang mendakwa beliau telah memperakui atau menyokong seorang calon yang sudah menawarkan diri bertanding jawatan naib ketua pemuda.

Khairy dikhabarkan merestui supaya Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Haron dipilih untuk bertanding jawatan nombor dua sayap itu bagi membantunya memperkukuhkan institusi Pemuda.

Sehingga kini empat kempimpinan Pemuda Umno mengesahkan mahu merebut jawatan naib ketua pemuda.

Penyandang jawatan itu, Datuk Razali Ibrahim tidak akan mempertahankan kedudukannya atas faktor usia.

Antara yang mengesahkan bertanding ialah Ketua Pemuda Khairul Azwan; Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam; Ketua Pemuda Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Lenggong, Mohd Iruan Zulkefli.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan