Hayati Mesej Filem Tanda Putera & Jadikan Ia Satu Iktibar - Shafie

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua pihak perlu mengambil iktibar dan peringatan daripada mesej yang hendak disampaikan menerusi sebarang filem yang memaparkan fakta sejarah, dan bukannya mengambil sikap negatif lantas terus menolaknya begitu sahaja.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagi sebuah filem sejarah, mesej yang hendak disampaikan adalah rentetan sejarah negara tanpa menokok tambah atau mereka-reka peristiwa.

Katanya apabila yang dipaparkan adalah kejadian buruk yang menimpa negara, ia seharusnya dijadikan iktibar dan ingatan kepada penonton supaya menjadikan sebarang peristiwa malang yang pernah berlaku dalam negara sebelum ini sebagai iktibar, agar ia tidak lagi berulang di masa hadapan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian semasa merujuk tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengarahkan pemilik pawagam di negeri itu supaya tidak menayangkan filem arahan Datin Paduka Suhaimi Baba yang berkisar mengenai peristiwa 13 Mei bertajuk "Tanda Putera" di pawagam masing-masing, kerana didakwanya mengandungi babak-babak tertentu yang sensitif kepada masyarakat tempatan.

"Saya yakin dengan mesej yang hendak disampaikan (filem) itu, walaupun ia mungkin pahit, mungkin ada pihak yang terasa, tapi pada pandangan saya apa jua yang bertujuan mengingatkan orang ramai ke arah kebaikan, ia harus disokong," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, Jumaat.

Menurutnya arahan Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP itu, menunjukkan betapa DAP tidak menghayati konsep telus, walaupun ia selama ini kononnya memperjuang aspek berkenaan dalam pentadbiran.

Sementara itu, merujuk kepada tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waythamoorthy mempersoal tindakan polis dalam kejadian berbalas tembakan yang mengakibatkan lima anggota kongsi gelap terbunuh beberapa hari lalu, Shafie turut melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan.

"Sepatutnya kita selaku anggota pentadbiran harus mempunyai pendekatan bermuafakat dan mempertahankan isu-isu, langkah atau tindakan pemerintah, apatah lagi dalam konteks yang berkaitan keselamatan negara," katanya.

"Kita harus memainkan peranan positif, bagilah cadangan yang berpatutan bukan kita nak kutuk sahaja jentera ini (polis), yang kita banyak bergantung kepada mereka untuk menjaga ketenteraman awam," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan