BR1M Diperluas Kepada 82,000 Pelajar Matrikulasi, Tingkatan 6 Rendah

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memperluaskan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) secara 'one off' kepada kira-kira 82,000 pelajar Matrikulasi sesi 2013/2014 dan pelajar Tingkatan Enam Rendah yang baru memasuki pengajian.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pelajar itu akan menerima BB1M bernilai RM250 setiap seorang dan sah digunakan sehingga 31 Oktober ini.

"BB1M ini akan diedarkan pada minggu pertama September melalui kolej matrikulasi dan sekolah masing-masing," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dalam kenyataan pada Jumaat.

BB1M dibuat bertujuan meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian, dengan inisiatif itu dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2013 pada September tahun lepas, pemberian BB1M memberi manfaat kepada 1.3 juta pelajar warga Malaysia membabitkan peruntukan RM325 juta. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan