Umno Guna Sistem 'Electoral College'

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun kira-kira 150,000 perwakilan akan mengundi pada pemilihan Umno yang akan bermula 7 September ini, undi sebenar yang penting adalah menerusi perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara.

Ini kerana Umno akan menggunakan sistem Electoral College, di mana setiap bahagian merupakan satu undi untuk setiap jawatan.

Setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sistem yang dipilih untuk pemilihan parti itu, buat pertama kalinya akan menyaksikan kira-kira 150,000 perwakilan mengundi ahli majlis tertinggi (MT) parti kerana ia dianggap paling praktikal kerana sebilangan besar pengundi terlibat.

"Kami menjelaskan kepada ahli parti bagaimana sistem ini berfungsi. Walaupun setiap bahagian mewakili satu undi, peringkat akar umbi masih menjadi penentu kerana mereka yang akan mengundi bagi memilih calon yang akan dipilih bahagian mereka," katanya kepada The Star.

Sebelum ini, 191 bahagian akan menghantar kira-kira 2,500 perwakilan pada perhimpunan agung untuk mengundi kepimpinan parti tetapi kali ini, proses pengundian akan diadakan semasa mesyuarat bahagian masing-masing pada 19 Oktober, menjelang perhimpunan agung tahunan parti itu yang dijadualkan pada 2 hingga 7 Disember.

Tengku Adnan berkata, seorang calon mesti memperolehi kebanyakan undi daripada perwakilan di setiap bahagian dalam usaha mendapat undi tunggal bagi bahagian tersebut.

Sistem sama, katanya, akan turut digunakan untuk pemilihan sayap pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pada 12 Oktober ini.

Tengku Adnan berkata keputusan pemilihan parti akan diumumkan pada hari sama di ibu pejabat Umno.

Katanya, pengiraan undi akan bermula sebelah petang dengan keputusan akan diumumkan beberapa jam kemudian.

Sementara itu, Prof. Madya Dr Shaharudin Badaruddin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, sistem Electoral College mempunyai kelebihan dan keburukan.

Kelebihan yang paling jelas adalah ia akan memudahkan pengiraan undi dan menentukan pemenang kerana pengiraan dilakukan di setiap 191 bahagian dan tidak berpusat, katanya.

"Namun, sistem baru itu juga akan memberi bahagian kecil seperti Bukit Bintang di Kuala Lumpur dan Putrajaya kelebihan yang tidak adil.

"Ini kerana walaupun mempunyai sedikit ahli, mereka akan dikira sama dengan bahagian yang mempunyai lebih ramai perwakilan kerana setiap bahagian mewakili satu undi," katanya.

Shaharuddin berkata, walaupun ketua bahagian bersimpati terhadap calon-calon tertentu boleh cuba mempengaruhi sentimen ahli-ahli mereka dengan menganjurkan aktiviti untuk calon, mereka masih tidak dapat menjamin undi kerana sebilangan besar ahli cawangan yang akan mengundi.

Sistem Electoral College adalah satu bentuk sistem kiraan undi yang diperkenalkan dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang mana dalam konteks pemilihan kali ini, jika seorang calon Majlis Tertinggi itu menang di Bukit Bintang misalnya, kemenangan tersebut akan dikira sebagai mewakili satu undi bagi calon itu walaupun jumlah perwakilan yang hadir mengundi misalnya berjumlah 450 orang.

Umno kesemuanya mempunyai 191 bahagian di seluruh negara (kecuali Sarawak).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan