Pulau Pinang Tidak Halang, Hanya Nasihat - Guan Eng

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rusdi Ramli dan Faezah Elai antara pelakon filem 'Tanda Putera'.
Rusdi Ramli dan Faezah Elai antara pelakon filem 'Tanda Putera'.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pulau Pinang menafikan mengeluarkan larangan penayangan filem kontroversi, Tanda Putera di panggung wayang di negeri itu.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri juga memberi jaminan tidak akan mengambil tindakan ke atas mana-mana panggung wayang di Pulau Pinang yang menayangkan filem arahan penerbit dan pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba itu.

Bagaimanapun Lim mengulangi nasihat kerajaan negeri supaya filem berkenaan tidak ditayangkan kepada umum kerana didakwa mengandungi unsur fitnah dan membahayakan penonton.

"Nasihat ini dikeluarkan kepada pengendali panggung wayang untuk memberi penekanan kepada umum betapa bahayanya fitnah dalam filem ini yang mampu mengancam perpaduan nasional dan kaum di negara ini.

"Sepertimana tidak ada tindakan yang diambil terhadap orang yang membahayakan diri mereka dengan mengabaikan nasihat perjalanan tersebut, tidak ada tindakan akan diambil terhadap pengendali panggung wayang yang mengabaikan nasihat kerajaan negeri," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut Lim yang juga Setiausaha Agung DAP itu memberi jaminan bahawa kedua-dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak akan menghukum pengendali panggung wayang di Pulau Pinang kerana menayangkan filem tersebut.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah untuk mengeluarkan nasihat ini kerana filem ini telah melampaui batas dengan menggunakan wang awam untuk menyebarkan fitnah dan menggalakkan kebencian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa," katanya

Filem Tanda Putera memaparkan perjuangan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman membangunkan negara selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ia pada mulanya di jadual ditayangkan pada 13 September 2012, tetapi ditangguhkan ke 15 November tahun yang sama dan seterusnya ditangguhkan lagi pada 2013.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan