Polis Tuntut Kembalikan Pistol Hilang

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Serahkan sekarang atau berhadapan dengan tindakan undang-undang, tegas Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan yang memberi amaran kepada individu yang memiliki dua senjata yang digunakan polis iaitu sepucuk revolver khas 38 dan pistol semi automatik 'Walther 9mm'.

"Jika anda tidak menyerah sekarang, kami akan datang menghukum anda," katanya selepas melancarkan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri ibu pejabat Polis Selangor pada Rabu.

Thaiveegan berkata, polis dari Shah Alam dan Ampang Jaya sedang mendapatkan petunjuk bagi mengesan kedua-dua senjata itu.

"Hanya menunggu masa sebelum kedua-dua senjata berkenaan ditemui. Adalah lebih baik sekiranya individu-individu yang memiliki senjata-senjata itu untuk tampil sekarang atau menerima hukuman nanti," katanya.

Kes pertama berlaku pada 13 Ogos lalu apabila sepucuk pistol Walther dengan 15 peluru yang digunakan oleh seorang pegawai polis berpangkat sarjan mejar dicuri ketika beliau tidur di dalam keretanya.

Polis itu melaporkan bahawa beliau dirompak melibatkan senjata dan peluru ketika tidur di dalam keretanya di Seksyen 7, Shah Alam, selepas menghadiri pengebumian bapanya.

Turut hilang ialah telefon pintarnya, pasport dan wang tunai RM600.

Kes kedua pula berlaku pada 23 Ogos apabila polis berpangkat lans koperal kehilangan sepucuk revolver ketika membuat rondaan di MRR2.

Polis itu dipercayai tidak sedarkan diri ketika kejadian dan hanya menyedari senjata yang digunakanya hilang sekembalinya ke balai polis.

Sumber polis mengesahkan bahawa anggota polis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan diminta menghubungi talian hotline polis di 03-2052 9999 or mengunjungi balai polis yang berhampiran.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan