Polis Ambil Tindakan Terhadap Anggota Kongsi Gelap - KPN

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis akan mengambil tindakan terhadap anggota 49 kumpulan kongsi gelap yang dikenal pasti, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Khamis.

Beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap mereka di bawah Akta Pertubuhan dan akta-akta berkaitan jenayah.

"Jadi kalau mereka mahu jadi ahli kongsi gelap, kena bersedialah, selain akta berkaitan jenayah, kami juga akan ambil tindakan mengikut Akta Pertubuhan terhadap mereka," katanya kepada pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman nama 49 kumpulan kongsi gelap yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Khamis.

Khalid menyifatkan kesemua kumpulan berkenaan sama kerana terbabit dalam aktiviti jenayah seperti peras ugut, merusuh, membunuh, bergaduh, memukul dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, polis akan memburu kesemua yang terbabit secara serius melalui Ops Cantas.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media pada Khamis berkata, kesemua 49 kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos.

Khalid juga berkata, polis sedia mengambil tindakan tanpa kompromi terhadap ahli politik yang didapati terbabit dalam kegiatan kongsi gelap termasuk menjadi ketua kumpulan itu.

"Setakat ini kami tidak dengar lagi ahli politik yang terlibat dalam kongsi gelap, tetapi kalau kami siasat dan didapati benar, kami akan ambil tindakan yang betul," katanya mengulas laporan akhbar pada Rabu yang mendakwa terdapat kumpulan kongsi gelap diketuai ahli politik di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan