Pengasas SUPP Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Presiden Kehormat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Chan Siaw Hee, yang juga seorang daripada pengasas parti itu, meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Jalan Foo Chow, dekat sini, 2.45 petang Khamis.

Beliau berumur 90 tahun.

Anak kedua mendiang, Chan Seng Hee mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Bernama, di sini, Khamis.

Katanya, mayat mendiang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Hokkien Batu Kitang, dekat sini pada 10 pagi Isnin.

Orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya di No. 214, Jalan Foo Chow 1, Kuching mulai Jumaat.

Chan dilahirkan di Kuching pada 20 Februari 1924, mendapat pendidikan awal di Sekolah Hokkien Kuching dari 1930 hingga 1939, sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah St Thomas dari 1940 hingga 1941.

Selain bidang politik, Chan juga aktif dalam kerja kemasyarakatan dan persatuan Cina di negeri ini.

Antara jawatan penting yang pernah dipegang beliau ialah Presiden Nanyang Wushu Sarawak (1974-1998), Naib Presiden Yayasan Pendidikan Bahagian Kuching dan Samarahan (1979-1998), dan dan Naib Presiden Persatuan Cina Bahagian Kuching dan Samarahan (1979-1998).

Sementara itu, Ketua Pemuda SUPP pusat Tan Kai menyifatkan mendiang Chan yang juga pernah menjadi Ketua Publisiti parti merupakan tokoh yang berpegang teguh kepada prinsip serta mengutamakan kepentingan parti dalam setiap perkara.

"Pemergian mendiang satu kehilangan besar kepada parti, mendiang dikenali sebagai seorang yang tegas dengan prinsip namun sentiasa melebihkan kepentingan parti dalam apa jua perkara, bagi mendiang kepentingan serta kekuatan parti lebih penting berbanding kepentingan individu," katanya.

Menurutnya, mendiang seorang yang sangat sayangkan kepada parti, dan walaupun dalam keadaan uzur tetap menghadiri Sambutan Ulang Tahun ke-54 SUPP pada 4 Jun lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan