Minta Tanda Putera Tidak Ditayang: Cubaan Tutup Sejarah Negara - Seniman

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zed Zaidi.
Zed Zaidi.

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang meminta filem 'Tanda Putera' tidak ditayangkan dilihat sebagai cubaan menutup sejarah negara, kata Presiden Persatuan Seniman, Rozaidi Jamil.

Beliau berkata, masyarakat khususnya generasi muda sepatutnya perlu disajikan dengan pengkisahan sejarah agar mereka lebih faham mengenai asal-usul negara dan bagaimana negara mencapai kemerdekaan.

"Kerajaan negeri tidak ada kuasa hendak halang pawagam menayangkan sesuatu filem, perkara itu terletak di bawah kuasa Finas, LPF dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

"Cerita itu (Tanda Putera) sangat bagus, apa yang diceritakan perlu diberitahu kepada generasi sekarang, jangan hakimi dari segi luaran, tonton dahulu," katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam Majlis Mesra Hari Raya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini, Khamis.

Mengenai lagu 'Negaraku' yang dimainkan di pawagam sempena sambutan Kemerdekaan, Rozaidi atau dikenali sebagai Zed Zaidi menyokong dan menyambut baik langkah itu yang dilihat boleh menanam semangat patriotik dalam kalangan rakyat.

"Seniman juga ingin mencadangkan supaya setiap majlis anugerah seni dimestikan menyanyikan lagu 'Negaraku' sebelum acara bermula untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan penggiat seni," katanya.

Sementara itu, Zed Zaidi berkata, beliau menawarkan diri bertanding untuk jawatan Exco Pemuda Umno bagi menarik golongan belia dan penggiat seni menyertai parti itu.

"Misi saya ialah saya ingin mengaktifkan kesemua 191 bahagian dan menggunakan artis sebagai penasihat di setiap bahagian untuk mendekatkan golongan artis kepada Umno," katanya.

Zed Zaidi yang juga Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda Umno berkata, beliau ingin berjuang melalui parti bagi meningkatkan martabat dan membantu industri seni di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan