Keputusan Umum Senarai Kongsi Gelap, Tidak Terlalu Cepat - PM

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menganggap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan nama 49 kongsi gelap pada Khamis sebagai tindakan terlalu cepat meskipun Ops Cantas baru dilancarkan 23 Ogos lepas.

Perdana menteri berkata ini kerana rakyat mengharapkan tindakan yang tegas diambil selepas berlakunya peningkatan laporan jenayah kekerasan akhir-akhir ini.

"Rakyat mengharapkan tindakan yang tegas diambil dan berkesan. Jadi ini semua adalah ketetapan yang dibuat oleh kerajaan supaya sesuatu dapat kita lakukan secara bersungguh-sungguh dan komprehensif melalui Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di pejabatnya di sini Khamis.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi pada Khamis mengumumkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap itu yang dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1)Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Antara kumpulan kongsi gelap itu ialah Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur, Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dan Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.

Najib berkata tindakan PDRM dan KDN itu mendapat sokongan rakyat yang mahu hidup dalam negara yang aman.

"Rakyat mesti dapat hidup dalam sebuah negara yang mereka akan merasa selamat. Ini kita tidak akan kompromi, malah saya minta pihak PDRM supaya tindakan itu dilakukan secara berterusan.

"Perang terhadap jenayah ini hendaklah berterusan. Ini yang diharapkan rakyat. Kita mahu hidup dalam negara yang bebas daripada rasa takut. Oleh tu kita perlu memerangi jenayah terutama jenayah terancang," kata Najib.

Dalam perkembangan lain, perdana menteri berkata semua anggota pentadbiran perlu sealiran dalam memberikan pandangan.

"Sebagai anggota pentadbiran kita kena sealiran, maknanya pendapat kita kena senada dengan anggota pentadbiran yang lain. Itu prinsipnya," katanya.

Beliau mengulas tindakan P.Waytha Moorthy yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kematian lima lelaki dipercayai anggota kongsi gelap dalam operasi polis di Pulau Pinang, menyebabkan beberapa menteri mencabar beliau meletakkan jawatan.

Mengenai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menyekat tayangan filem 'Tanda Putera', perdana menteri berkata terpulang kepada pawagam untuk menayangkan filem itu.

"Saya pun tidak pasti kuasa kerajaan negeri. Tapi negara ini, negara bebas. Pihak DAP pun selalu menyuarakan kebebasan," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan