Indonesia Enggan Bawa Masalah Jerebu Ke Sekretariat Asean - Palanivel

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata tidak banyak yang dapat dilakukan untuk mencari penyelesaian jangka panjang berkaitan jerebu ekoran keengganan Indonesia membawa masalah itu kepada Sekretariat Asean.

Beliau berkata Indonesia hanya mahu menyelesaikan perkara itu antara Malaysia dan Singapura sahaja.

"Indonesia juga hanya akan membincangkan isu (jerebu) itu dalam mesyuarat Parlimennya yang dijangka berlangsung pada Disember atau awal tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemetaan Utiliti anjuran Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) di sini, Khamis.

Jerebu dikesan di Pulau Pinang pada Rabu apabila kawasan Seberang Jaya 2 mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 103 pada 5 petang.

Palanivel berkata beliau telah membuat tawaran untuk meminjamkan pesawat pembenihan hujan kepada Indonesia sebagai penyelesaian jangka pendek namun terpaksa menunggu keputusan Indonesia yang hanya akan dibuat pada sidang Parlimen republik itu nanti.

Seramai 300 peserta menghadiri seminar yang dianjurkan Jupem pada Khamis bagi membincangkan teknologi yang akan dibawa masuk untuk tujuan pemetaan saluran utiliti bawah tanah.

Palanivel berkata setiap kali ada pembangunan yang melibatkan pengorekan tanah, saluran paip atau pelbagai utiliti lain di bawah tanah akan rosak membabitkan jutaan ringgit.

Oleh itu, katanya, Jupem telah membuat keputusan untuk mengumpulkan data daripada pelbagai pihak swasta, pihak berkuasa tempatan, Tenaga Nasional Berhad, Syabas, Telekom Malaysia dan lain-lain lagi untuk membuat satu kajian supaya satu peta bawah tanah yang menyertakan kedudukan utiliti itu dapat dihasilkan.

"Peringkat pertama kita buat di Lembah Klang dan Putrajaya sebelum bergerak ke Selangor dan ke seluruh negara," katanya.

Pemetaan untuk kawasan terbabit sudah dimulakan sejak dari 2007 dan Jupem telah membelanjakan sebanyak RM50 juta untuk tujuan penghasilan peta utiliti bawah tanah, katanya lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan