Esscom Nafi Kes Nelayan Diculik Di Sabah

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohamad Mantek menafikan berlaku kes penculikan nelayan di Pulau Mabul, Sabah seperti yang dilaporkan sebuah portal akhbar pada Rabu.

Sebaliknya beliau berkata, dalam kejadian pada Selasa di tengah laut antara Pulau Denawan dan Mabul, dua nelayan ditahan oleh individu yang menaiki bot pancung.

"Mangsa bukan diculik tetapi ditahan dan dilepaskan dalam tempoh 24 jam. Tiada kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau juga mengesahkan kumpulan itu tidak ada kaitan dengan tentera Sulu.

Portal akhbar berbahasa Inggeris pada Rabu melaporkan sekumpulan 20 lelaki bersenjata menculik seorang nelayan dan diarah menunjukkan mereka ke sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul tetapi nelayan itu sebaliknya membawa mereka ke sebuah kem tentera.

Mohamad berkata, laporan polis daripada mangsa mengenai kejadian itu telah dibuat dan motif kumpulan itu bertindak demikian serta jumlah keanggotaan dalam siasatan.

Beliau berkata, polis sedang mengesan kumpulan itu dan rondaan pasukan keselamatan telah dipertingkat termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan polis marin. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan