SPR Lantik Setiausaha Baru

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pegawai Pembangunan Negeri Selangor, Datuk Abdul Ghani Salleh telah dilantik sebagai setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru.

SPR dalam satu kenyataan ringkas pada Selasa menyebut, Abdul Ghani akan mengambil alih jawatan tersebut daripada Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang telah pun bersara pada 13 Ogos lalu.

Pelantikan Abdul Ghani berkuatkuasa pada 19 Ogos lalu.

“SPR berharap dengan pelantikan Abdul Ghani yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam akan membantu SPR melaksanakan polisinya secara berkesan," jelas kenyataan itu lagi.

Abdul Ghani, 55, menyertai perkhidmatan awam pada 9 Januari 1984 sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Beliau adalah graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai pegawai daerah Gombak dari 1 Ogos 2006 sebelum dilantik sebagai pegawai pembangunan Negeri Selangor pada 2 Mei 2008.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan