Sohaimi: Pemuda Akan Putuskan Siapa Tanding MT Umno

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan mengintai peluang bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti itu Oktober nanti.

Bagaimanapun Shohaimi berkata, beliau hanya akan membuat keputusan muktamad mengenai pendiriannya itu selepas mesyuarat exco pergerakan itu minggu hadapan.

"Saya memang ada niat hendak bertanding jawatan lebih tinggi, cuma terlalu awal untuk saya umumkan sekarang.

"Saya akan timbang pandangan daripada akar umbi Pemuda bahagian seluruh Malaysia terlebih dahulu. Setelah selesai saya akan umum secara rasmi untuk bertanding jawatan mana," katanya kepada pemberita pada sidang media pelancaran Makmal Pra Bajet 2014 anjuran Biro Ekonomi Dan Usahawan Pemuda Umno (BePU) di Wisma Pelaburan Mara Berhad pada Isnin.

Mengulas lanjut, Sohaimi yang juga Pengerusi Pelaburan Mara Berhad berkata, Pemuda Umno akan mengemukakan beberapa nama untuk bertanding kerusi MT bagi mewakili sayap parti itu.

"Kita akan adakan mesyuarat Exco Pemuda minggu hadapan dan dalam mesyuarat itu Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin akan putuskan beberapa nama untuk bertanding Majlis Tertinggi," katanya lagi.

Sohaimi berkata, Umno perlu membenarkan proses peremajaan dalam parti dengan memberi peluang kepada golongan muda dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggotai MT iaitu badan tertinggi parti itu dalam membuat dasar dan keputusan.

"Peremajaan dalam parti penting, Umno kena peka dengan isyarat daripada rakyat. Parti perlu mendapatkan pandangan baru daripada semua pihak terutamanya pemimpin muda dan NGO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Sohaimi berkata, BePU akan menganjurkan persidangan meja bulat untuk mengumpulkan pandangan serta aspirasi daripada pelbagai pihak terutamanya golongan muda, tokoh akademik, profesional daripada pelbagai latar belakang dan bangsa mengenai Bajet 2014.

Persidangan selama sehari itu akan diadakan pada 3 September ini di Anjung Mara.

"Resolusi daripada sidang meja bulat ini akan kita serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum 8 September.

"Hanya 100 orang sahaja akan dipilih untuk menghadiri persidangan itu nanti. Jadi kita minta mereka yang berminat boleh mengemukakan cadangan dan mendaftar secara atas talian di laman sosial Facebook dan twitter kami bermula hari ini," katanya.

Mereka yang berminat boleh mengemukakan cadangan dan mendaftar di facebook, Pre Budget 2014 atau twitter, prebudgetlab2014.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan