Perodua Keluarkan Model Baru Menjelang Suku Ketiga 2014

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan mengeluarkan model baru menjelang suku ketiga tahun depan dan dijangka mencipta pasaran baharu, kata presiden dan ketua pegawai eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Beliau berkata, Perodua akan terus menekankan dan melabur untuk meningkatkan kualiti, kos dan penghantaran model baru itu dan menjangka menjualnya pada harga yang paling mampu dimiliki.

"Sama ada ia akan menjadi yang paling murah di pasaran, bergantung kepada masa, tetapi kami pasti akan mengeluarkan model yang paling cekap dari segi bahan api di kalangan model-model kami dan harganya sama dengan model termurah kami atau lebih rendah," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perodua di sini, Rabu.

Model asas Viva yang berada di pasaran kini berharga RM24,900 atas jalan raya.

Aminar Rashid berkata, Perodua telah menyelesaikan kajian daya maju untuk mengeluarkan kereta kompak sedan.

"Kami akan terus mengeluarkan kereta kompak dan memanfaatkan kekuatan kami sebagai pembuat kereta kompak," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pembeli yang berminat dengan model baru itu boleh melihatnya di Pameran Motor Kuala Lumpur 2013 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 15-24 November, 2013. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan