Perkhidmatan Tren Elektrik Di Rembau Bermula 30 Ogos - Berita Semasa | mStar

Perkhidmatan Tren Elektrik Di Rembau Bermula 30 Ogos

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memulakan operasi tren elektriknya di Stesen Rembau pada 30 Ogos ini.

Kenyataan KTMB menyebut perkhidmatan tren itu meliputi laluan Rembau–Seremban-Kuala Lumpur–Rawang dan stesen perantaraan.

Menurut kenyataan itu, enam perkhidmatan disediakan setiap hari iaitu tiga dari Rembau ke Rawang pada waktu pagi, dan tiga dari Rawang ke Rembau pada sebelah petang.

Perkhidmatan itu adalah sambungan dari tren komuter sedia ada yang bermula dan berakhir di Stesen Sungai Gadut.

Tambang yang dikenakan juga berpatutan seperti dari Rembau ke Sg Gadut (RM1.60), Rembau ke Seremban (RM2.60), Rembau ke Kajang (RM5.80), Rembau ke Bandar Tasek Selatan (RM6.90), Rembau ke Kuala Lumpur Sentral (RM7.50) dan Rembau ke Rawang (RM9.50).

Tambang konsesi dengan diskaun 50 peratus juga diberikan kepada warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun manakala perjalanan adalah percuma untuk kanak-kanak di bawah empat tahun.

Untuk maklumat lanjut, termasuk jadual perkhidmatan tren, pengguna boleh melayari laman sesawang www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di 1-300-88-5862. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan