Operasi Besar-Besaran Buru Pati Ahad Ini

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ahad ini, pihak berkuasa akan memburu kira-kira 500,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) di seluruh negara menjadikan ia proses pemutihan terbesar untuk menghantar pulang mereka kembali ke negara asal.

Operasi berkenaan melibatkan 135,000 pegawai daripada Jabatan Imgigresen, Angakatan Tentera, Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara dan pihak berkuasa tempatan.

Jabatan Imigresen akan mengetuai semua agensi tersebut.

Pihak berkuasa akan mengadakan serbuan di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor yang telah dikenalpasti sebagai kawasan tumpuan Pati.

Sebaik sahaja ditahan, mereka akan dihantar pulang secepat mungkin kerana Jabatan Imgigresen tidak mahu berlaku kesesakan di semua 12 pusat tahanan seluruh negara, kerana ia hanya mampu menampung kapasiti 1,000 orang pada satu-satu masa.

Majikan yang didapati mengambil pekerja asing tanpa izin akan didakwa di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata jabatan berkenaan akan mendapatkan kerjasama daripada kedutaan asing melalui Wisma Putra untuk mengeluarkan dokumen perjalanan kepada Pati bagi mempercepatkan proses penghantaran pulang mereka.

Operasi berkenaan menyasarkan mereka yang berdaftar dengan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang tidak melapor diri untuk proses selanjutnya termasuk pengesahan dan proses penghantaran pulang secara sukarela, katanya kepada The Star.

Ketika proses pendaftaran, yang diadakan selama tiga bulan dan berakhir pada Oktober 2011, seramai 1.3 bilion daripada 2 bilion pendatang asing tanpa dokumen perjalanan yang sah mendaftar.

Daripada jumlah mereka yang berdaftar, 500,000 permohonan untuk tujuan pengesahan sedang diproses sementara 330,000 lagi dihantar balik.

"Kita telah memberi mereka masa lebih daripada satu tahun untuk menerima tawaran tersebut.

"Sudah tiba masanya untuk menjalankan penguatkuasaan secara menyeluruh," kata Alias sambil menambah sasaran utama adalah rakyat Indonesia dan mereka akan dihantar pulang melalui Pelabuhan Pasir Gudang di Johor.

Difahamkan mereka termasuk rakyat warga Bangladesh, Myanwar, Vietnam dan Nepal.

Alias berkata operasi berkenaan disifatkan ibarat seperti permainan 'kucing menangkap tikus' namun mereka telah siap sedia sepenuhnya untuk menghadapinya.

"Kami sedar mereka tahu kami akan datang untuk menangkap mereka Ahad ini, jadi mereka akan tiba-tiba menghilangkan diri.

"Mereka boleh menyorok, tapi berapa lama mereka boleh bersembunyi?

"Ini bukan satu operasi sekaligus sebaliknya ia merupakan operasi selama tiga bulan tanpa henti di seluruh negara," katanya.

Alias turut memberi amaran mereka yang didapati bersalah kerana mengambil dan menggaji Pati boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 dan penjara maksimum 20 tahun.

Beliau berkata pihak berkuasa juga akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang ingkar kerana mereka telah diberikan masa yang secukupnya untuk mendaftar dan mengesahkan pekerja asing mereka.

"Tidak ada kepentingan lagi jika pendatang asing ini menyerah diri sekarang," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan