Mangsa Rogol Bapa Saudara Akan Diberi Perlindungan JKM - Rohani - Berita Semasa | mStar

Mangsa Rogol Bapa Saudara Akan Diberi Perlindungan JKM - Rohani

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberi perlindungan ke atas kanak-kanak berumur lima tahun yang dirogol oleh bapa saudaranya di Bukit Beruntung baru-baru ini sekiranya diperlukan.

Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melawat mangsa di rumahnya.

"Kita akan melawat kanak-kanak berkenaan termasuk rumah yang didiaminya dan akan meletakkannya di bawah perlindungan sekiranya perlu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Aspirasi Gemilang 'A' Great Eastern Life di KPWKM di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes seorang kanak-kanak perempuan yang dirogol bapa saudaranya berusia 15 tahun yang ketagih menonton video lucah.

Rohani berkata, perlindungan ke atas mangsa hanya diberikan sekiranya terdapat ancaman yang dikhuatiri boleh mempengaruhi mangsa untuk menggugurkan dakwaan kes rogol.

Kejadian rogol kira-kira pukul 3 petang Khamis lalu berlaku di bilik remaja berkenaan ketika keluarganya tiada di rumah.

Perbuatan terkutuk remaja berkenaan terbongkar selepas kanak-kanak perempuan itu mengadu kepada ibunya mengalami kesakitan di bahagian kemaluan semasa membuang air kecil.

Ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan