Kes Altantuya: Pendakwaan Fail Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Rayuan

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tun Abd Majid Tun Hamzah
Tun Abd Majid Tun Hamzah

PETALING JAYA: Kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu akan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan selepas pasukan pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan dan hukuman gantung kerana membunuh wanita tersebut.

Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dalam satu mesej pesanan mengesahkan bahawa beliau memfailkan notis rayuan pada hari keputusan perbicaraan, Jumaat lalu.

Beliau enggan mengulas lanjut dengan berkata ia boleh menimbulkan subjudis dalam rayuan itu.

Ketika ditanya bahagian keputusan Mahkamah Rayuan yang akan dirayu oleh pasukan pendakwaan, beliau berkata:'Semua'.

Azilah dan Sirul Azhar dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan selepas Hakim Tengku Maimun Tun Mat menyatakan hakim bicara tersilap arah kerana gagal memberi pertimbangan terhadap pembelaan alibi berhubung catatan dalam diari polis yang menyatakan Azilah tidak berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihak pendakwaan tidak berpuas hati dengan keputusan itu kerana bukan arahan atau salah arah oleh mahkamah itu bukan kesalahan pendakwaan.

Beliau juga tidak bersetuju Mahkamah Rayuan yang mendapati pihak pendakwaan gagal memanggil bekas DSP Musa Safri untuk memberi keterangan semasa perbicaraan telah memberi tamparan hebat terhadap kes itu.

"Setakat berkenaan DSP Musa Hj Safri, kami menegaskan bahawa testimoni beliau tidak relevan sama sekali kerana naratif keseluruhan kes pendakwaan itu telah berlaku pada perbicaraan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Azilah, 37, selaku perayu pertama dan Sirul Azhar, 42, perayu kedua dituduh membunuh wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun itu di antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang dekat sini.

Bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada tuduhan bersubahat pada 31 Oktober 2008.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap Abdul Razak.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan