Jerebu di P.Pinang Bertambah Teruk, Hampiri IPU Tidak Sihat

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEREBU...Dua buah feri menjalankan rutin harian dalam keadaan berjerebu yang melanda di beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak semalam. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 9 pagi Rabu di Perai ialah 80, Seberang Jaya (92) dan Universiti Sains Malaysia (88). -Foto BERNAMA
JEREBU...Dua buah feri menjalankan rutin harian dalam keadaan berjerebu yang melanda di beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak semalam. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 9 pagi Rabu di Perai ialah 80, Seberang Jaya (92) dan Universiti Sains Malaysia (88). -Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Keadaan berjerebu yang dikesan di beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak Selasa bertambah teruk pada Rabu dengan kualiti udara menghampiri tahap tidak sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Perai ialah 80, Seberang Jaya (92) dan Universiti Sains Malaysia (88) setakat 9 pagi ini berbanding 58 hingga 63, petang Selasa.

"Kerajaan negeri telah menyediakan bekalan topeng muka untuk diedarkan secara percuma kepada pelajar sekolah di setiap pusat khidmat DUN (Dewan Undangan Negeri) di negeri ini," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Phee turut menyarankan orang ramai agar mengurangkan aktiviti rekreasi di luar rumah dan sentiasa peka dengan perubahan cuaca sebagai persediaan menghadapi situasi luar jangka.

Beliau menyifatkan peningkatan tahap jerebu itu berlaku secara mendadak dan menasihati orang ramai supaya segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah sakit tekak, batuk atau sesak nafas selain memperbanyak minum air kosong.

Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 30 (berbahaya). -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan