Presiden LDP Pecat Teo Daripada Jawatan Setiausaha Agung Parti

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong memecat setiausaha agung parti itu, Datuk Teo Chee Kang dari jawatan tersebut.

Beliau mendakwa Teo yang mengumumkan niatnya untuk bertanding jawatan presiden pada kongres LDP Oktober ini pada minggu lalu, melanggar perlembagaan parti.

Liew berkata sebagai setiausaha agung, Teo seharusnya mengikut arahan Majlis Tertinggi LDP dalam mesyuaratnya pada 9 Jun yang memutuskan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu.

Beliau berkata Teo hadir pada mesyuarat itu dan terlibat merekod minit mesyuarat termasuk keputusan kedua-dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan