Pangkalan Data Pusat Setempat Bagi Perumahan Mampu Milik Dilancar Akhir Tahun

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan melancarkan sebuah pangkalan data pusat sehenti bagi perumahan mampu milik menjelang akhir tahun.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata pangkalan data pendaftaran sistematik dan khusus itu penting untuk menentukan keperluan sebenar atau permintaan bagi perumahan mampu milik.

"Saya mendapat tahu bahawa satu daripada masalah yang kita hadapi sekarang ialah semua sistem dikendalikan secara berasingan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sidang Kemuncak Perumahan dan Harta Malaysia Ke-16 di sini Selasa.

Beliau berkata pada masa ini, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Bhd (SBNB), Jabatan Perumahan Negara dan sektor swasta mempunyai penyelidikan pasaran dan pangkalan data sendiri.

"Kini wujud keperluan yang mendesak untuk bekerjasama dan menyebarkan maklumat di bawah satu sistem. Contohnya, saya tidak mahu PR1MA membina rumah di kawasan-kawasan tempat SPNB sedang membina rumah.

"Tentu ada cara bagi kita mengetahui kawasan-kawasan keseluruhan yang disasarkan oleh setiap agensi.

"Pada masa yang sama kita juga mahu sebuah pusat sehenti bagi orang ramai mendaftarkan hasrat mereka untuk membeli rumah mampu milik atau kos rendah.

Abdul Rahman berkata Sekretariat Perumahan berharga di bawah kementeriannya akan menguruskan pangkalan data itu yang boleh digunakan oleh kedua-dua sektor awam dan swasta. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan