Melaka Negeri Pertama Sedia Khidmat Bas Elektrik - Idris Haron

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Melaka bakal menggunakan bas elektrik yang pertama seumpamanya di negara ini ke arah menjadi sebuah negeri teknologi hijau.

Ketua Menteri Datuk Idris Haron berkata buat permulaan, lima buah bas akan beroperasi melalui anak syarikat kerajaan negeri, iaitu Panorama Melaka Sdn Bhd sebelum perayaan Tahun Baru Cina, pada Januari 2014.

"Kita percaya Tahun Baru Cina akan menyaksikan kemasukan pengunjung yang ramai dan ini merupakan masa yang paling sesuai untuk memberitahu dunia bahawa Melaka telah memulakan penggunaan bas elektrik, salah satu daripada inisiatif teknologi hijau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Melaka di Menara MITC di sini, Selasa.

Turut hadir Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau turut memberi jaminan pengenalan pengangkutan awam berkenaan tidak akan membebankan pengguna kerana menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan sistem pengangkutan yang cekap dan menjimatkan.

Mengulas lanjut, Idris berkata pihaknya kini sedang meneliti teknologi bas elektrik dari tiga buah negara iaitu Jerman, Jepun dan Korea Selatan untuk diaplikasikan di Melaka.

"Saya telah diberikan taklimat, bas elektrik ini mampu mencapai kelajuan maksimum 45 kilometer sejam dengan membawa 35 penumpang dan boleh bergerak sejauh 400 kilometer sebelum baterinya perlu dicas semula," katanya.

Sementara itu, Syed Hamid berkata Melaka merupakan antara destinasi yang dicadang sebagai lokasi transit bagi projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura sejauh 350 kilometer itu.

Katanya, projek berkenaan bakal menyediakan dua jenis perkhidmatan iaitu perkhidmatan ekspres dengan masa perjalanan 90 minit dan perkhidmatan transit dengan masa perjalanan 120 minit.

"Salah satu kawasan transit yang kita sedang usahakan ialah Melaka kerana bukan sahaja sektor pelancongan akan meningkat malah orang yang bekerja di Kuala Lumpur pun, kalau dari Melaka akan mengambil masa hanya setengah jam," katanya.

Projek yang dijangka mempunyai purata kelajuan 250km/j berkenaan, kini berada di tahap akhir penyediaan laporan termasuk aspek teknikal dan kejuruteraan, kos dan kewangan, operasi serta manfaat sosioekonominya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan