Mashitah Umum Tanding Exco Wanita Umno - Berita Semasa | mStar

Mashitah Umum Tanding Exco Wanita Umno

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk Dr Mashitah Ibrahim

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengumumkan akan bertanding jawatan Exco Pergerakan Wanita Umno pada pemilihan sayap parti itu September ini.

Mashitah yang juga akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Baling pada pemilihan kali ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan input daripada perwakilan dan ahli wanita di peringkat akar umbi yang menyarankan agar saya mencalonkan diri kerana berpandangan Wanita Umno perlu ada exco yang berlatarbelakangkan agama.

"Justeru saya yakin gandingan kepimpinan pelbagai latar belakang dalam Wanita Umno dilihat sebagai formula terbaik bagi mencapai objektif ini," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Diminta mengulas mengenai kemungkinan beliau mempunyai peluang yang lebih luas untuk mengembangkan peranan Wanita Umno sekiranya menawarkan diri bertanding diperingkat yang lebih tinggi, bekas Ahli Parlimen Baling itu bagaimanapun menghormati kepimpinan sedia ada sayap parti itu.

"Pada saya sebenarnya tidak perlu sampai kepada peringkat yang terlalu tinggi kerana buat masa ini kepimpinan yang dibawa Datuk Seri Shahrizat juga masih baru, beliau perlu diberi peluang lagi.

"Kehadiran saya hanya sebagai nilai tambah kepada Wanita Umno. Saya melihat pemilihan saf wanita bukan hanya sekadar untuk menjadi pemimpin dalam kalangan ahli dan Wanita Umno sahaja tetapi saf yang mampu berhadapan dengan pembangkang," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan