KPWKM Cadang Perluas Video Link Rakam Keterangan Kanak-Kanak Di Mahkamah

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan supaya penggunaan video link di mahkamah diperluaskan untuk melindungi saksi atau mangsa kanak-kanak daripada "orang kena tuduh" (OKT).

Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, penggunaan video link itu merupakan antara isu yang dibentangkan dalam mesyuarat pertama Majlis Penasihat dan Perundingan Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak pada pagi Selasa.

Beliau berkata, penggunaan video itu dapat mengurangkan trauma saksi kanak-kanak semasa memberi keterangan di mahkamah.

"Sehingga kini, ada 42 buah sistem video link dipasang di mahkamah seluruh negara.

"Kami mohon supaya ia ditambah baik, dan menambah sistem video link supaya dapat memberi banyak ruang kepada kanak-kanak (dalam memberi keterangan)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Aspirasi Gemilang 'A' Great Eastern Life di KPWKM di sini, Selasa.

Rohani berkata, hasil penggunaan video link itu didapati amat berkesan membantu kanak-kanak mengurangkan tekanan semasa berhadapan dengan pelaku salah semasa memberi keterangan di mahkamah.

"Ia membantu pihak pendakwaan untuk mendapatkan keterangan yang baik daripada mangsa kanak-kanak dan memudahkan mangsa hadir ke mahkamah pada hari perbicaraan kerana mempunyai pilihan untuk memberi keterangan secara video link," katanya.

Menurut Rohani, mesyuarat pada Selasa turut membentangkan mengenai penubuhan Pasukan Petugas Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber.

Beliau menambah, pasukan petugas itu ditubuhkan pada 2 Ogos lalu yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM, Datuk Harjeet Singh.

"Pasukan ini bertanggungjawab untuk menyemak inisiatif perundangan, dasar dan program yang dijalankan dalam dan luar negara bagi perlindungan kanak-kanak dalam dunia siber.

"Satu Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber akan dirangka dan dijangka siap menjelang akhir tahun," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan