Kerajaan Negeri Pertimbang Sedia 'Kertas Putih' Perjelas Isu Kuin

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah bersedia mempertimbang cadangan untuk menyediakan 'kertas putih' mengandungi penjelasan berhubung pelbagai isu yang melanda Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, bagaimanapun pihaknya akan berbincang dengan Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya tidak berkeupayaan untuk menyatakannya, tapi saya lihat ia sebagai satu cadangan yang baik dan akan berbincang dengan Menteri Besar," katanya menjawab soalan tambahan dan cadangan daripada Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor) pada sidang dewan undangan negeri (DUN) di sini Selasa.

Phahrolrazi mencadangkan supaya kerajaan negeri mempertimbang menyediakan 'kertas putih' yang menjelaskan secara terperinci masalah sebenar yang masih dihadapi Kuin supaya ia dapat dijadikan pencerahan kepada semua pihak.

Sementara itu, Tajul Urus memberitahu dewan setiap keputusan yang diambil berkaitan pemindahan fakulti dari kampus Kuin di Kuala Ketil ke Mergong di sini, dan penyusunan semula struktur pentadbiran kolej universiti itu adalah mengikut peraturan serta prosedur yang sah.

Tajul Urus berkata tidak ada juga sebarang arahan oleh mana-mana pihak untuk memberhentikan beberapa tenaga pengajar dan kakitangan Kuin seperti yang didakwa selepas penyusunan semula struktur pentadbiran.

Beliau menjawab soalan Md zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil) berhubung keputusan yang diambil untuk perkara-perkara berkenaan sama ada sah dan mengikut prosedur.

Tajul Urus berkata seperti mana kerajaan negeri terdahulu, pihaknya juga mempunyai hasrat sama iaitu ingin meletakkan Kuin sebagai universiti penuh dan tidak sesekali mengundur ke belakang dalam soal berkenaan.

Katanya, untuk merealisasikan hasrat itu, setiap proses melibatkan pengurusan dan pentadbiran Kuin dilakukan secara teratur dan strategik di samping mengambil kira kepentingan semua pihak.

Mengenai dakwaan kepadatan pelajar di kampus Mergong, beliau berkata perkara itu masih tidak dapat disahkannya kerana berdasarkan tinjauan pihaknya baru-baru ini proses pengajian berjalan lancar.

"Ketika meninjau ke kampus Mergong, saya dapati tidak berlaku 'limpahan pelajar' hingga ke luar kelas," katanya ketika menjawab mengenai dakwaan terdapat pelajar yang terpaksa duduk di luar kelas akibat bilik kuliah yang sempit.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata kerajaan negeri tidak memandang ringan masalah sosial dan akan terus menggiatkan usaha mengekang gejala itu.

"Kerajaan negeri telah mengambil ketetapan bahawa kita tidak akan keluarkan lesen hiburan yang baharu dan saya telah mengarahkan pihak terbabit untuk melihat perkara ini," katanya menjawab pertanyaan Nor Saidi Nanyan (BN-Kuah) yang ingin tahu berhubung jumlah lesen dan cukai hiburan dipungut kerajaan negeri sepanjang lima tahun bermula 2008.

Badrul Hisham memberitahu dewan, kutipan cukai hiburan bagi 2008 melebihi RM714,000, lebih RM2.25 juta (2009), lebih RM2.99 juta (2010), lebih RM4.06 juta (2011) dan lebih RM4.02 juta (2012).

Katanya, 577 lesen hiburan dikeluarkan di negeri ini sehingga Julai 2013. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan