Jenazah Rosdi Tiba Di TUDM Subang

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota tentera mengusung jenazah anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 5) Rosdi sebaik tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang. - FotoBERNAMA
Anggota tentera mengusung jenazah anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 5) Rosdi sebaik tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang. - FotoBERNAMA

PETALING JAYA: Ketibaan jenazah Sarjan Rosdi Mohamad Zan di Balai Pergerakan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang petang Selasa disambut pilu oleh isteri, anak serta anggota keluarganya.

Kehibaan Aliza Ariffin, 30, yang diiringi seorang anak lelaki dan dua perempuan berumur 3 hingga 8 tahun, serta bapa Allahyarham, Mohd Zan Omar, 61, dapat dirasakan apabila jenazah diturunkan daripada van jenazah ATM.

Turut menunggu ketibaan jenazah Allahyarham ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang diiringi anak lelakinya, Norashman Razak Mohd Najib, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri dan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Terdahulu, jenazah anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 5) itu, yang meninggal dunia akibat nahas di Lubnan, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2.30 petang selepas dibawa pulang pada 4 petang (9 pagi waktu Malaysia) Isnin.

Jenazah Rosdi kemudian dibawa ke masjid TUDM di Subang untuk disolatkan.

Jenazah kemudian dibawa ke Balai Pergerakan Udara TUDM bagi penghormatan terakhir oleh anggota keluarganya, Rosmah, Norashman Razak, Abdul Rahim, Raja Mohamed Affandi serta pegawai dan anggota TUDM, Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Rosmah kemudian menyampaikan sumbangan peribadi kepada Aliza diikuti RM10,000 dari Tabung Amanah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) oleh Raja Mohamed Affandi, yang mewakili Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Doa dibacakan sebelum keranda Allahyarham, yang dilitupi Jalur Gemilang, diusung keluar oleh anggota ATM di depan perbarisan warga ATM yang memberi tabik hormat sehingga ke pesawat Charlie 130, yang akan membawa jenazah ke Ipoh.

Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada 4.35 petang ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh bagi urusan pengebumian.

Rosdi, 32, merupakan anggota Malbatt 5 di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan.

Beliau maut apabila kenderaan kembalik yang dinaikinya hilang kawalan dan terhumban 15 meter ke dalam cerun.

Nahas berlaku ketika kenderaan itu, yang dalam operasi menunda kenderaan perisai Condor, tiba di satu selekoh di kawasan operasi berhampiran bandar Houla.

Insiden itu turut menyebabkan dua lagi anggota Malbatt 5 Lans Koperal Nur Syahied Taib dan Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, kedua-duanya berusia 26 tahun, cedera. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan