Jenazah Anggota Malbatt 5 Dijangka Tiba Petang Ini

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenazah anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 5) Sarjan Rosdi Mohamad Zan yang meninggal dunia akibat kemalangan kenderaan tentera di Lubnan, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2.30 petang Selasa.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 3.30 petang.

Jenazah kemudian akan diterbangkan ke Ipoh, Perak dengan pesawat C130 dari Pangkalan TUDM Subang.

Upacara penghormatan terakhir telah dilaksanakan di Helipad Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri di Lubnan pada pukul 4 petang (9 pagi waktu Malaysia) semalam.

Pada upacara itu, Komander Pasukan Unifil, Mejar Jeneral Paolo Serra menganugerahkan Allahyarham pingat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Unifil manakala Lubnan yang diwakili Komander Angkatan Tentera Lubnan, Kolonel Said Mourad menganugerahkan Pingat Negara Lubnan.

Kedua-dua pingat berkenaan disematkan pada bendera PBB yang menyelimuti keranda jenazah Allahyarham.

Jumaat lalu, Rosdi, 32, meninggal dunia kira-kira pukul 5.40 petang waktu di Lubnan (10.40 malam waktu Malaysia).

Rosdi merupakan anggota Malbatt 5 di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan. Beliau maut apabila kenderaan kembalik yang dinaikinya hilang kawalan dan terhumban 15 meter ke dalam cerun.

Nahas berlaku ketika kenderaan kembalik itu yang dalam operasi menunda kenderaan perisai Condor tiba di satu selekoh di kawasan operasi berhampiran bandar Houla.

Insiden turut menyebabkan dua lagi anggota Malbatt 5 cedera iaitu Lans Koperal Nur Syahied Taib dan Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, kedua-duanya berusia 26 tahun.

Turut hadir Duta Malaysia ke Lubnan, Illango Karuppanan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan