BTN Perlu Laksana Program Mengikut Lanskap Politik Semasa - Razali

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mahu semua kursus dan program kendalian Biro Tatanegara (BTN) dilaksana berlandaskan lanskap politik semasa.

Tanpa menafikan tugas dan peranan BTN dalam pembangunan negara, beliau berkata keputusan pilihan raya umum lepas perlu diberi perhatian kerana keputusan yang dibuat rakyat nyata menjurus kepada perpecahan.

"Kita kena lihat keputusan pilihan raya umum lepas sebagai asas pertimbangan, bukan kerana siapa menang atau kalah, tetapi bagaimana rakyat membuat keputusan dalam pilihan raya itu dalam suasana menjurus kepada perpecahan.

"Ini cabaran yang perlu diambil BTN, iaitu bagaimana kita boleh lakukan sedikit pembaharuan supaya perpecahan mengikut kaum tidak terus berlaku," katanya kepada pemberita pada majlis Hari Raya BTN di sini Selasa.

Turut hadir Ketua Pengarah BTN Datuk Raja Ariff Raja Ali.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak termasuk mereka yang menuduh BT Nsebagai bersifat perkauman supaya berkongsi pandangan bagaimana kursus dan program di bawah biro itu perlu dilaksanakan.

Razali berkata menuduh BTN sebagai perkauman tidak boleh dibuat berdasarkan persepsi semata-mata kerana setiap kursus yang dilaksanakan disertai oleh semua kaum, termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, beliau berkata BTN akan melaksanakan program khas untuk membangkitkan semangat patriotisme di kalangan penduduk yang terjejas ekoran insiden pencerobohan pengganas militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Tungku dekat Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lepas.

Beliau berkata program itu, yang akan dimulakan segera melibatkan penduduk di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), akan dijadikan panduan oleh BTN sebelum dirangka menjadi modul untuk dilaksanakan di seluruh negara.

"Kita faham apa yang berlaku di Mesir dan Syria sering dijadikan contoh untuk memupuk sikap sayangkan negara, tetapi pada saya kes di Lahad Datu adalah yang paling tepat kerana ia benar-benar menguji tahap patriotisme rakyat," katanya.

Dibentuk pada 7 Mac lepas, Esscom meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur Sabah bermula dari Kudat sehinggalah ke Tawau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan