Allahyarham Rosdi Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jenazah anggota pasukan Batalion 5 (Malbatt 5) Allahyarham Rosdi Mohamad Zan, 32, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini kira-kira pukul 7.30 malam Selasa.

Jenazah yang disambut Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Panglima 2 Divisyen Mejar Jen Datuk Mohd Shukuri Ahmad tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah kira-kira pukul 5.30 petang sebelum dibawa ke kediaman mertuanya di Taman Perpaduan Koperasi.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan kediaman itu dan kira-kira 200 anggota keluarga, sanak saudara serta sahabat handai menanti ketibaan jenazah sejak awal lagi.

Sebelum anggota keluarga dibenarkan untuk menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir, isteri Allahyarham Aniza Ariffin, 31, yang dipimpin anggota keluarganya kelihatan hiba sambil mendakap erat baju Melayu warna ungu milik Allahyarham yang dipakai pada Hari Raya tahun lepas.

Manakala anak bongsunya Nurul Damia Batrisyia, 3, yang memakai baju kurung berwarna ungu menangis teresak-esak dengan menyebut "Nak Ayah" berulang kali sambil dipujuk bapa saudaranya Noorasril Ariffin.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Hajjah Puteh Mahami di Taman Bercham Raya kira-kira pukul 6.30 petang untuk disolatkan sebelum dikebumikan.

Setelah pengebumian, Shukuri menyampaikan pingat daripada Lebanese Armed Forces (LAF) dan satu daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kepada Aniza sebagai menghargai sumbangan Allahyraham dalam misi tersebut.

Sarjan Rosdi, 32, anggota Malbatt 5 di bawah misi Pasukan Interim PBB (Unifil) di Lubnan maut apabila kenderaan kembalik yang dinaikinya hilang kawalan dan terhumban 15 meter ke dalam gaung.

Ketika itu kenderaan tersebut dalam operasi menunda kenderaan perisai Condor, berhampiran bandar Houla. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan