Ahmad Ismail Umum Tanding Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail akan merebut semula jawatan itu pada pemilihan Umno bahagian Oktober depan.

Beliau berkata keputusan untuk bertanding semula adalah sebagai memenuhi permintaan anggota parti di peringkat akar umbi dan kepimpinan Umno bahagian itu ketika ini.

Katanya, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Abdul Jalil Ariffin sudah menyatakan hasrat untuk berundur.

"Abdul Jalil akan bertanding untuk jawatan timbalan ketua bahagian dan beliau serta majoriti anggota jawatankuasa Umno bahagian mahukan saya kembali memimpin Umno Bukit Bendera," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad berkata bagaimanapun, Timbalan Ketua Umno bahagian itu, Datuk Mohd Salim Abd Bari, dijangka bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera sekali gus mencabar beliau.

"Saya dimaklumkan Mohd Salim mahu mencabar saya, dan bagi saya, kita bertanding secara sihat dan terima hakikat siapa yang dipilih menjadi pemimpin Umno Bahagian," katanya.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) itu juga berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Mohd Salim, yang juga bekas Bendahari PSM dan meminta perkara berkenaan tidak menjadi isu peribadi.

Ahmad digantung serta dilucutkan haknya dalam parti oleh Majlis Tertinggi Umno (MT) pada 2008 selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Selepas MT menarik balik penggantungan itu dalam tempoh setahun, kesemua 36 anggota jawatankuasa Umno Bahagian Bukit Bendera meletak jawatan bagi memberi laluan untuk pemilihan semula dan mahu Ahmad menerajui bahagian berkenaan. Bagaimanapun, ketika itu, Ahmad tidak bertanding dan mengumumkan akan bercuti setahun.

"Saya ambil masa untuk memikirkan semasak-masaknya sama ada kemunculan semula Ahmad Ismail boleh beri kekuatan kepada Umno dan BN," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan