15 Rakyat Malaysia Pilih Berada Di Syria - Anifah - Berita Semasa | mStar

15 Rakyat Malaysia Pilih Berada Di Syria - Anifah

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 15 rakyat negara ini termasuk sembilan pelajar memilih untuk berada di Syria atas kerelaan sendiri walaupun telah dinasihati pulang ke tanah air.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kementerian mahu mengulangi nasihat perjalanan yang dikeluarkan pada 21 Julai dan 12 November tahun lepas supaya semua rakyat Malaysia yang berada di Syria pulang ke Malaysia.

Katanya nasihat untuk menangguhkan perjalanan ke Syria juga diberi kepada mereka yang bercadang ke negara bergolak itu pada masa ini demi keselamatan.

"Kementerian amat prihatin dengan situasi di Syria dan akan terus memantau perkembangan di negara itu melalui kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan.

"Kedutaan Malaysia di Damsyik masih ditutup sejak Julai tahun lepas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, akhbar melaporkan lebih 1,300 orang terbunuh apabila tentera Syria melancarkan serangan menggunakan senjata kimia di daerah Ghouta berdekatan Damsyik pada Rabu lepas, yang turut mencederakan ramai lagi penduduk. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan