SPAD Tubuh Jawatankuasa Panel Inkuiri Secepat Mungkin

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menubuhkan Jawatankuasa Panel Inkuiri secepat mungkin bagi mengumpul semua maklumat berhubung insiden kemalangan maut di Genting Highlands yang meragut 37 nyawa minggu lepas.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pada ketika ini pihaknya sedang menunggu laporan siasatan insiden itu daripada pelbagai agensi yang bertanggungjawab.

"Perkara utama kita adalah menunggu semua laporan dan kita akan tubuhkan Jawatankuasa Panel Inkuiri yang akan mengumpulkan daripada pihak bertanggungjawab melakukan siasatan.

"Kita hendak tubuhkan (Jawatankuasa Panel Inkuiri) secepat mungkin, supaya kita dapat menyediakan syarat rujukan untuk (anggota) panel," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat skim Teksi 1Malaysia di sini, Isnin.

Dalam kemalangan itu, 16 penumpang turut cedera parah apabila bas ekspres itu terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Genting Highlands.

Ia adalah antara kemalangan jalan raya terburuk negara.

Menurut Syed Hamid, dengan penubuhan jawatankuasa Panel Inkuiri itu kelak, pihaknya berharap ia akan dapat membuat cadangan yang menyeluruh kepada kerajaan.

Katanya jawatankuasa itu, perlu menyerahkan laporannya kepada SPAD, sebelum suruhanjaya itu mengemukakan laporan berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Syed Hamid berkata jika ada kes untuk mendakwa mana-mana pihak, suruhanjaya itu akan mengemukakan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk memutuskan tindakan selanjutnya.

"Jika ada kes, kita akan serahkan IP (kertas siasatan) kepada pihak AG (Peguam Negara) untuk membuat keputusan," kata Syed Hamid.

Beliau juga menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat spekulasi tentang punca kejadian kemalangan bas itu sehingga selesai segala siasatan dengan mengambil kira pandangan daripada mereka yang pakar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan